Friday, June 1, 2012

109



semalam,
saya melakar; jubah pengantin.
entah, apa yang menggerakkan tangan ini.
jika diizinkan Tuhan, saya mahu lakaran ini jadi realiti.
jika sempat; saya sekadar mengharap.
tapi, bukanlah mengharapkan sangat.
saya tahu, Tuhan merancang sesuatu untuk saya.
yang itu, lebih buat saya gembira.
saya; yang sedang menunggu.






heh heh.






entahlah-kan; tapi saya gembira jalani hidup sebagai seorang saya, hewhew. saya sayang saya sangat-sangat. Tuhan juga begitu ;)






dan; tiba-tiba rindu mereka, dua jiwa yang membesarkan saya yang nakal ini. eh! saya sedang cuba untuk tidak nakal lagi.






ini post yang ke-109.

Thursday, May 31, 2012

coretan.





dia kata mahu kenal aku.
inilah aku; yang aku lukis.
aku cuma sekadar,
melakar setiap rasa yang terselit.
cerita-cerita aku, juga cerita-cerita mereka.
padanya, ada yang beri luka, ada yang beri suka, keduanya beri makna.
sambil dengannya, tak tercicir cacatan-cacatan berserta contengan.
kenapa; seringkali saat-saat aku,
bermain dengan sunyi, alam, pemerhatian, irama dan kadang-kadang hujan.
hari-hari seperti, aku dilatarbelakangkan dengan muzik tanpa suara.
sambil juga dengannya, boleh? aku hanya mahu berpolaroid?
biar momen-momen hidup yang terkandung padanya, aku simpan
dan cuba letak makna.
pasti memang ada makna.
boleh aku kekalkan ia sebegitu sahaja?
kadang, aku tak tahu beza; aku yang dulu, aku yang hari ini, dan mungkin akan datang.
aku seperti hanya terus berusaha,
dan kemudian, bila sedar mana asalnya arah, aku berhenti, menangis lagi, dan mencari lagi.
aku khuatir, usaha yang tidak membawa sebarang makna.


selalu, bila aku lihat manusia; mengecewakan.
dan bila dikhabarkan dengan satu cerita yang mungkin sebenarnya beri kaitan yang sedikit pada aku, 
tapi menjadi aku mahu menangis semahunya bila mengenangkan. 
kenapa; masih ada situasi sebegitu dalam keadaan dunia yang sudah hampir hayatnya. 
menangis untuk manusia lain, selalu buat aku tersedar, aku ada tanggungjawab lain juga.
bagaimana mahu khabar pada mereka, dunia ini ada penghujung, dan ada negeri lain kemudiannya.
aku tahu, sedang aku sendiri perlu dibersihkan hati. aku sedang cuba.
tapi aku tidak mahu bersendirian. aku mahu mereka juga turut serta.
Tuhan, 
bila aku bubuh Engkau sekali dalam rencah hidup, 
aku jadi belajar, segala keluh-kesah, rungutan perlu aku henti dan ganti.
manusia lain mungkin ada yang ketawa, mungkin pandang dengan hujung mata.
aku mohon Tuhan, kuatkan aku dengan tidak peduli semua itu.
sukar; kuatkan aku.






dengan ini; aku mahu coret yang ini,
umpama; satu tempat; aku mahu tinggalkan;
keluh-kesah aku,
rungutan aku,
lengah-lengah aku,
lemah-lemah aku,
takut aku,
gentar aku,
cuak aku,
sedih aku,
harapan pada yang lainnya,
pandangan manusia yang menjatuhkan,
dan; dunia aku.






dan aku mahu bawa bersama aku,


buku-buku aku,
semangat aku,
janji aku,
janji yang aku tulis,
janji yang aku lukis,
janji yang aku coret,
gembira aku,
peduli aku,
jadi diri yang baru.


















peringat diri,
fikirkan,
hidup bukan sekadar yang itu-itu sahaja.
maka, menggerak-lah.
hidup biar beri makna.
nanti; bila ditanya, kau ada jawapan bersamanya.






aku tak mahu menipu diri sendiri,
aku tak mahu hidup ditentukan oleh aku sendiri,
Tuhan, jangan tinggal aku.











resah dalam jiwa kau bukan apa sebenarnya, kerana tak-jelas dengan tujuan hidup. sampai bila mahu resah sampai semua kerja kau jadi serba tak-kena. sebab itu, sudah berapa kali ingatkan diri, perlu tinggalkan rasa bagai; yang lemah-lemah, yang semua-semua itu-lah. sampai sudah kau tak-kan boleh senyum-ikhlas. dengar ini, jangan terlampau lihat yang kecil sampai yang besar kau terlupa. tanggungjawab kau bukan 1. tanggungjawab kau ada tanggungjawab 2, tanggungjawab 3, tanggungjawab 4 dan banyak lagi. pesan aku, melangkah, jangan toleh lagi, bawa semangat kau bersama, dan bekerja dengannya. takda siapa yang paham tulisan kau, melainkan kau sendiri. sofiainin, dengannya, kau boleh senyum se-ikhlas yang kau mahu. percaya diri dan melangkah. sofiainin, aku mahu satu, ia mula dengan diri kau sendiri, menggerak-lah. sebab, aku sudah bosan dengan keluh-kesah-berpanjangan kau! aku-kau-aku-kau-aku-kau, heh orang yang sama juga.








tangan yang menulis ini, digerakkan oleh musik yang melatarbelakangkan aku. entah, ilham selalu datang sedang aku begitu.

Wednesday, May 30, 2012

aku.



terkadang kalinya,
saat aku hilang percaya pada manusia,
Kau datangkan mereka kepada aku,
saat aku rasa perlu,
saat aku mengambil diam,
saat aku menjauh,
dan saat aku letaknya dibawah terjatuh,
sambil tercari tangan yang menghulur,
lalu ada yang menyambut,

tika itu,
yang aku letak hukum pada mereka,
ditanyakan kembali oleh aku kepada aku,
dan yang salahnya adalah aku?











dalam hati yang sedang sangat menangis,












Tuhan, Kau sedang beritahu apa pada aku?








aku,
islam bila diambil sebagai jalan,
untuk dunia dan akhirat,
kekurangan atau kelebihan,
kegembiraan atau kesedihan,
kesenangan atau kesulitan,
jatuh atau naik,
jahat atau baik,
tak perlu dipersoal.

aku,
yang 'sakit' dan yang 'pahit' di sekeliling,
tanda uji,
duduknya kau di mana.
yang 'manis' juga.

moga hati sentiasa rendah kepadaNya dan untukNya.

aku, hidup jangan biar terlorong dalam bengkang-bengkok dunia.
aku, dunia tak semahal syurga,
dan syurga tak semurah dunia yang dengannya kau hanya terus-menerus dalam keluh-kesah kau pada dunia.



yang kau mahu dunia?



aku tanya, dunia?










aku,
percaya pada diri,
kau mampu.


dan-yang-ini-pun-tak-siap-sketch.


ka-wan.



kelmarin,
sakit aku menggila.
yang aku fikir, ajal.
berderau darah.
padahal syurga aku,
masih nampak samar-samar.
mujur, sakit-sakit biasa.
tapi kalau Tuhan mahu tarik.
siapa boleh halang?

kelmarin,
sakit aku menggila.
menggila yang amat.
tapi-tapi,
dalam seksa aku rasa manis,
mana tak-nya,
bilamana mereka selit prihatin,
mereka sorok risau,
tapi mata aku tidak kabur,
dan mereka tidak pandai menipu,
lalu menampakkan pada aku,
kalau ukhwah bukan terjalin semalam.
buat aku jadi ingat,
hari pertama mereka bertanya, siapa nama kamu?

:')

sketch-tak-siap-dan-tak-cukup-bilangan.
kenapa-kalau-cerita-pasal-kawan-selalu-buat-saya-sedih;(

Wednesday, May 23, 2012

peperiksaan.



kebiasaan. minggu -minggu peperiksaan macamni, lagi-lagi peperiksaan untuk final, emosi bermain rasa. semua benda boleh buat saya jadi genang tanpa punca. kakak pesan, 'study study juga, hak Allah kamu jangan ambil, hak mata, hak kesihatan, semua kamu kena jaga. cemerlang biar seimbang, dunia dan akhirat kamu. kalau dah sakit, lagi susah. bukan setakat study, exam pun kamu tak boleh nak buat.' ummi dan abah pun pesan yang sama. ummi abah lagi la, pesan itu, pesan ini, semuanya terperinci. pesan ummi abah lain, pesan mereka mendarat kat hati. entah bila mahu lari, buat saya sekejap-sekejap hiba. bila dapat mesej dari ummi abah, jangan kata saya dah baca mesej tu, tengok nama ummi abah kat screen phone, tu dia, dah berkaca mata. takde lain, menangis lagi. hewhew. dan sebagai adik yang baik dan anak ummi abah yang solehah sejak kecil lagi, saya dengar kata mereka. ok tak, saya tipu. kadang-kadang, bukan selalu, kadang-kadang saya skip makan, penjara diri dalam bilik, habiskan masa dengan study study study. habis masa dengan buku-buku kesukaan, buku-buku pelajaran. suka wangi bilik. siapkan sarapan untuk diri, dan bila pagi-pagi, saya buatkan untuk saya satu bekas air besar, saya selalu cakap kat diri, 'ah, kau ni mesti seorang isteri yang baik nanti, kan.' puji diri. hewhew lagi. tapi-tapi, masa-masa untuk Tuhan saya tak abaikan, harus-lah. bercinta dengan Tuhan, mana-lah boleh saya lupa masa-masa yang saya  boleh rasa dekat dengan Dia. ada tenang. Dia satu-satunya tempat saya cerita suka sedih saya. tempat saya bercerita apa yang terjadi kat saya dalam satu hari, bising-bising saya, dan Dia sangat setia mendengar. untang-lah saya bercinta dengan Dia. tak-salah-pilih :) peperiksaan kali ni, tak sangka pula saya ditemani dengan ubat-ubatan. itu-lah, akibat tak jaga kesihatan. kena gastrik. doktor masukkan air dalam badan. satu hari habis masa dengan baring. kan tu, tak boleh study dah. akibat tak-dengar cakap. pengajaran buat diri-lah. Tuhan dah kata-kan, kalau Tuhan mahu beri, Dia beri. kalau Dia kata tak, kita tak boleh nak halang. belajar macamana sekali pun, Tuhan kata kejayaan tu bukan milik kita, bukan-lah. jangan terlampau paksa diri. kena seimbang, sofiainin. yang penting kamu berusaha. berusaha semampu boleh, kemudiaan doa dan tawakkal. Allah suka hambaNya yang bertawakkal. dan Allah beri pada hambaNya yang berusaha. cuma, kalau terlampau paksa diri, itula, macam yang saya cakap tadi. yang penting, berusaha sofiainin, bukan letakkan satu target tu, kemudian kamu kata, boleh-tak-boleh, saya kena juga dapatkan A untuk subjek ni. saya tak-kisah. saya mesti jugak dan saya boleh. erm, yang tu bukan konsep tawakkal yang betul sofiainin. Tuhan beri pada sesiapa yang Dia kehendaki.



Dan apa pun yang kamu perselisihkan padanya tentang sesuatu, keputusannya (terserah) kepada Allah. (yang memilki sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku. kepada-Nya aku bertawakkal dan kepada-Nya aku kembali.
(Asy-Syura : 10)




Milik-Nyalah pembendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.
(Asy-Syura : 12)




Dan bahwa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya, dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna, dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu), dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis, dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan.
(An-Najm : 39-44)

:')



dan satu lagi, tak sangka, dalam saya selalu fikir kalau saya ni berseorangan, rupa-rupanya, banyak jiwa yang sayangkan saya :') tu-lah suka sangat buruk sangka. bila saya sakit, semua khuatirkan saya. ummi abah kakak abang, adik, dan lagi-lagi, kawan-kawan, eh tak, sahabat-sahabat saya yang dekat dengan saya kat sini, semua risau dan sangat prihatin. saya memang, memang tak keseorangan sebenarnya selagi mana saya ada jiwa-jiwa ini, meraka-mereka ini  :) terima kasih sangat-sangat atas pertolongan kamu semua. kamu semua dah bukti yang kamu semua sayang saya. sekarang saya pun nak bukti saya sayang korang semua, dengan lebih jaga kesihatan dan jaga diri, dan macam-lah korang kisah, kan. eh, buruk sangka lagi. hewhew. sajaaa. kamu semua, saya rasa manis-lah ukhwah kita, kan? harus-lah ;)


eh yang atas tu, jadual exams saya :)

si cengeng.



ah, alasan!


kau memang manja.


tak nak mengaku kenapa?


jauh bukan alasan-lah.


seberang kau setakat ambil masa 1jam 45minit.


bukan seperti kawan kau, ada yang 8 jam, 10 jam, 16jam, 24jam, yang mana kau mahu pilih?


bila ada manusia layan kau macam budak kecil, kau marah.


kau kata kau sudah besar.


padahal itu memang kau-lah.


cengeng.


hey, kau memang cengeng.


si cengeng.


kau marah?


tak perlu marah.


apa-apa pun kau tetap cengeng.












betul-lah, aku cengeng.


kau ingat aku mampu? terus-menerus tipu diri sendiri?


tipu kata aku kuat.


aku bukan robot.


aku manusia.


perempuan lagi.


umur bukan ukuran.


ada masa-masanya,


aku rindu prihatin orang tua aku.


aku rindu peduli orang tua aku.


aku rindu kasih orang tua aku.


segalanya aku rindu.


rindu buat aku gila.


kau tahu apa.


tak ke?








dan.


aku membebel.


kenapa kau baca?




abaikan bahasa saya. kurang sopan. tiada kaitan dengan hidaup dan yang mati ^^,



seingat aku-lah, kecil-kecil dulu kalau melukis, tak sah kalau takda gunung, matahari, rumah, burung, awan dan orang batang yang bertangan pelik. eh, kalau kau tak pernah melukis macam ini, sah tak pernah lalui zaman kecik ^_*